Hubungan Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Makmal Sosial Di Kg. Takang, Bachok, Kelantan

Community Cooperative Relationship in Social Laboratory Project in Kg. Takang, Bachok, Kelantan

  • Zaleha Embong Universiti Malaysia Kelantan
  • Noor Hisham Md Nawi Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: aktiviti kemasyarakatan, Model Pembangunan Komuniti Hijraturrasul, hubungan kerjasama, program makmal sosial, prinsip aulawiyyat

Abstract

 Hubungan kerjasama memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Oleh sebab itu, hubungan kerjasama menjadi cita-cita seluruh masyarakat untuk hidup secara aman dan harmoni. Masyarakat sering mengalami konflik kerana tidak mengenali antara satu sama lain dan kurang berinteraksi. Oleh sebab itu, aktiviti kemasyarakatan mampu membawa masyarakat untuk bertemu dan membina hubungan yang baik. Masyarakat Kg. Takang, Bachok, Kelantan merupakan sebuah kampung yang aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan telah dijadikan sebagai makmal sosial oleh Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2017. Ekoran itu, hubungan masyarakat semakin erat dan wujud hubungan kerjasama yang baik. Oleh demikian, artikel ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah berjaya membina hubungan kerjasama dalam masyarakat di Kg. Takang. Artikel ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan, temu bual mendalam dan pemerhatian. Manakala, analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati bahawa hubungan kerjasama dalam masyarakat wujud kerana masyarakat begitu aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara kolektif dan berterusan. Model Pembangunan Komuniti Hijraturrasul yang menerapkan prinsip aulawiyyat (keutamaan) yang diperaktikkan dalam Program Makmal Sosial ini memberi impak positif kepada masyarakat Kg. Takang.

ABSTRACT

Cooperative relationship plays an important role in creating a harmonious atmosphere in the society. Due to this, cooperation is considered an utmost goal of living peacefully and harmoniously within a society. Communities often experience conflict because of the lack of interaction with one another and having less opportunities to get to know each other. Hence, social activities can bring people closer to meet and build better and enhanced relationships. This was one of reasons why Kg. Takang, Bachok, Kelantan was selected as the location of the study  as it is known to be a proactive village in executing community activities and has been made a ‘social laboratory’ by the Center for Language Studies and Generic Development of Universiti Malaysia Kelantan in 2017. Consequently, this communal relationship have increasingly grown closer and cooperation too have also improved. This article aims to identify and analyze communal activities that have succeeded in establishing cooperative relationships within the community in Kg. Takang. The method of data collection used for this study comprised of library research, in-depth interviews and observations. Content analysis was also used to analyze the data. The findings show that cooperative relationship exists because society is actively engaged in collective and ongoing community activities. The Hijraturrasul Community Development Model which incorporates the principles of aulawiyyat (priority) practiced in the ‘Social Laboratory’ Programme has a positive impact on the Kg. Takang.

Published
2019-12-29
How to Cite
Embong, Z., & Md Nawi, N. H. (2019). Hubungan Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Makmal Sosial Di Kg. Takang, Bachok, Kelantan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 51-63. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/59
Section
Articles