Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di Malaysia

  • Lina Mastura Jusoh
  • Zaleha Embong Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Cabaran; Memperkukuh; Kesepaduan Sosial; Masyarakat Superdiversity

Abstract

Malaysia kini terdiri daripada masyarakat superdiversity yang berbeza bahasa, budaya, warna kulit, agama, adat resam dan sebagainya. Justeru, superdiversity ini menjadi cabaran kepada masyarakat Malaysia untuk memperkukuhkan kesepaduan sosial yang dikecapi hari ini. Mengurus masyarakat superdiversity bukan suatu perkara yang mudah kerana kerana ia memerlukan pelbagai pendekatan dan strategi supaya masyarakat dapat menerima serta membina hubungan bekerjasama. Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memantau hubungan masyarakat supaya tidak timbul konflik dan ketegangan. Maka, artikel ini bertujuan mengenal pasti cabaran dalam memperkukuhkan kesepaduan sosial dalam masyarakat superdiversity. Artikel ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan analisis kandungan digunakan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil dapatan mendapati cabaran dalam memperkukuh masyarakat superdiversity merangkumi aspek etnik, agama, budaya, sosioekonomi, politik dan pendidikan. Pendekatan yang bijaksana dan kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi menghadapi cabaran ini seterusnya mengekalkan kesepaduan sosial.

Published
2021-11-30
How to Cite
Jusoh, L. M., & Embong, Z. (2021). Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di Malaysia. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 109-120. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/197