Kaedah Komunikasi Terapeutik Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga dalam Konflik Nafkah Perkahwinan di Pantai Timur Malaysia

  • Asma Lailee Mohd Noor
  • Abdul Rahman Mamat
  • Nik Yusri Musa
  • Ali Salman
  • Azman Bidin Bidin
Keywords: komunikasi terapeutik, pegawai khidmat nasihat keluarga, konflik nafkah, perkahwinan, pantai timur

Abstract

Kaedah  Komunikasi Terapeutik dalam kalangan Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga di Bahagian Undang-undang Keluarga di Jabatan Agama Islam di Pantai Timur Malaysia yang  berkesan  akan  dapat  menarik  minat pasangan yang mengalami konflik rumah tangga yang disebut sebagai klien terhadap perkhidmatan mereka. Komunikasi Terapeutik Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga merupakan satu proses interaksi bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara lapangan dan perpustakaan. Data kajian lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) yang mempunyai 5 kumpulan dengan melibatkan seramai 28 informan di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik temubual yang digunakan oleh penyelidik ialah teknik temubual semi berstruktur. Sumber-sumber sekunder seperti kertas kerja, artikal, buku dan kajian ilmiah yang dirujuk bagi memantapkan kajian. Data kajian ini dianalisis secara teknik tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komunikasi terapeutik melalui pendekatan kaunseling Islam al-Ghazali dan REBT yang popular diamalkan masa kini dilihat amat sesuai untuk menangani masalah kerohanian pasangan suami dan isteri apabila menyentuh aspek konflik nafkah. Kajian ini mendapati bahawa perkhidmatan runding cara dan psikologi mampu memberi penyembuhan ke atas tekanan emosi yang dialami oleh pasangan suami isteri akibat konflik rumah tangga. Di samping itu, dapatan kajian menyedia input relevan yang boleh dijadikan panduan untuk dasar kerajaan yang disasarkan untuk meningkatkan kriteria sebuah keluarga yang sejahtera.

Published
2023-04-30
How to Cite
Mohd Noor, A. L., Mamat, A. R., Musa, N. Y., Salman, A., & Bidin, A. B. (2023). Kaedah Komunikasi Terapeutik Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga dalam Konflik Nafkah Perkahwinan di Pantai Timur Malaysia. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 6(1), 61-74. https://doi.org/10.47254/insaniah.v7i1.221
Section
Articles