Tahap Personaliti Beragama Pengguna Tandas Masjid
Abstract
Agama merupakan fitrah manusia untuk menghayatinya ke dalam diri manusia sejatinya. Ia
mempertemukan dua perkara yang saling berhubung iaitu fitrah dan ajakan untuk
mengembangkannya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap personaliti
beragama dalam kalangan pengguna tandas masjid yang di bawah pemerintahan dan sistem
politik di Kelantan yang terkenal dengan dasar membangun bersama Islam. Data kajian telah
diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik. Borang soal
selidik telah diedarkan kepada 353 orang responden iaitu kepada pengguna tandas masjid
dalam kategori masjid negeri, bandar, jajahan/daerah dan mukim di Kelantan. Responden
kajian terdiri daripada Ahli Jawatankuasa masjid dan pengguna tandas masjid. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ iaitu SPSS versi
20. Penemuan kajian melaporkan bahawa tahap personaliti beragama pengguna tandas masjid
adalah berada pada tahap yang sederhana. Pihak kerajaan pusat dan negeri yang merupakan
badan berkuasa tertinggi seharusnya memainkan peranan. Pengetahuan dan amalan agama
yang komprehensif mampu menjana masyarakat bertindak lebih waras, minda kelas pertama,
berfikiran aras tinggi dan rasional dalam menangani cabaran hidup.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.