Kaunseling Dalam Masyarakat Islam: Penelitian Terhadap Hadis Nabawi
Abstract
Meskipun setiap sarjana memberikan definisi yang berbeza antara satu sama lain, namun pada
asasnya mereka bersependapat bahawa kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang
bermotifkan memberi khidmat bimbingan, pertolongan serta bantuanoleh seseorang yang
mempunyai kelayakan tertentu iaitu kaunselor sebagai pembimbing kepada individu yang
menghadapi masalah yang disebut sebagai klien. Kaunseling merupakan satu proses interaksi
bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Bidang
kaunseling dan kerja sosial mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kedua-dua bidang ini
bermula dan berkembang sebagai satu disiplin ilmu di Barat. Kompetensi pengamal keduadua
bidang ini juga dipantau oleh badan yang dibentuk. Teori kerja sosial dan kaunseling
berkongsi laluan pembangunan yang sama iaitu daripada bidang psikologi dan sosiologi. Selain
mejadi satu bidang disiplin ilmu yang tersendiri, kaunseling juga digunakan dalam praktis kerja
sosial. Penulisan ini adalah merupakan suatu usaha untuk melihat kaunseling dari aspek hadith
Nabawi. Meskipun bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang diperkenalkan oleh para
sarjana Barat, namun asas-asas pemikiran kaunseling dapat dilihat dan diteliti melalui beberapa
hadith Rasulullah s.a.w. Perbezaan pandangan jagat terhadap sumber ilmu juga merupakan
perkara pokok wujudnya perbandingan antara kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat
Barat dengan kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Islam. Penelitian secara umum
dapat dilihat dalam penulisan ini. Penulisan ini merumuskan bahawa Islam bukan hanya
melihat kaunseling sebagai kerjaya semata-mata akan tetapi ia adalah sebagai suatu ibadat yang
perlu dilakukan oleh individu-individu yang berkelayakan.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.