Tinjauan Awal Tahap Penglibatan Para Hafiz Al-Quran Dalam Skim Hafaz Al-Quran, Terengganu

A Preliminary Review Of The Tahfiz Involvement In The Quran Hafaz Scheme In Terengganu

  • Wan Khalijah Wan Jusoh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
  • Mohd A’Tarahim Mohd Razali Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ahmad Abdul Rahman Universiti Malaysia Kelantan
  • Nor Abdul Rahman Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Hafiz al Quran, Penilaian Berterusan, Skim Hafaz al-Quran, Graduan Tahfiz

Abstract

Para hafiz al-Quran ialah golongan yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, ia bukanlah suatu kemasyhuran atau kemegahan tetapi merupakan amanah yang sangat berat untuk dipikul berikutan terlalu banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi oleh para hafiz al-Quran ini demi  mengukuhkan dan memantapkan al-Quran di dada. Oleh itu, proses pengujian dalam hafalan al-Quran perlu dilakukan sebagai suatu mekanisma yang boleh mengukur pencapaian sesuatu matlamat sesebuah pembelajaran yang berlangsung. Bagi menyahut cabaran ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengambil inisiatif memperkenalkan Skim Hafaz al-Quran sebagai saluran penilaian hafalan al-Quran secara berterusan terhadap para hafiz. Kajian rintis ini melibatkan seramai 43 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan peserta Skim Hafaz al-Quran. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan peserta Skim Hafaz al-Quran, majoritinya adalah lelaki dan hanya sedikit sahaja perempuan. Selain itu, graduan tahfiz swasta lebih ramai menyertai ujian ini berbanding tahfiz kerajaan serta majoriti peserta adalah dalam kalangan yang baru menamatkan pengajian sekitar 1-4 tahun dari pusat tahfiz terdahulu. Kajian ini penting bagi mengesan penglibatan para hafiz al-Quran dalam Ujian Skim. Diharapkan agar kajian ini dapat membantu pihak jawatankuasa Skim Hafaz al-Quran bagi mencari pendekatan yang lebih baik untuk menggalakkan penyertaan secara menyeluruh graduan tahfiz al-Quran.

ABSTRACT

The Hafiz al Quran is indeed glorified by Allah S.W.T. However, it is not merely a pride yet huge obligation for them to carry as there are numerous obstacles coming along their journey in memorizing the Holy Quran. Hence, the ongoing assessment in Quran memorization have to be conducted as the mechanism that can validate the achievement of particular purposes of the ongoing lesson. To accept the challenge, JHEAT has taken the initiative in introducing the Quran Memorisation Scheme as the channel for the ongoing assessment of Quran memorization among the Hafiz in Terengganu. The survey is conducted to give an overview of the backgrounds of the participants. This research is conducted to identify the participation of Hafiz in the scheme organized by JHEAT. The finding shows that most of the Quran Memorisation Scheme participants are comprised of male participants compared to female participants. Majority of them are among the graduates from private tahfiz and those who were just finished their study from their previous tahfiz, approximately 1-4 years ago. It is highly hoped that this research can help the Quran Memorisation Scheme committee members especially in seeking a better approach to encourage full participation among the tahfiz graduates to achieve the objectives of tahfiz learning which is to produce the best Quran hafiz that has good Quran memorisation skills.

Published
2019-12-29
How to Cite
Wan Jusoh, W. K., Mohd Razali, M. A., Abdul Rahman, A., & Abdul Rahman, N. (2019). Tinjauan Awal Tahap Penglibatan Para Hafiz Al-Quran Dalam Skim Hafaz Al-Quran, Terengganu. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 64-75. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/72
Section
Articles