Sejarah dan Latar Belakang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Sebagai Agensi Pengurus Wakaf di Negeri Kelantan
Abstract
Amalan wakaf sudah lama bertapak di Negeri Kelantan. Ia merupakan satu instrumen yang memberikan ruang dan peluang kepada umat Islam untuk menjana pahala dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Wakaf mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan agensi tunggal yang bertanggungjawab sebagai pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, penulisan-penulisan yang menghuraikan secara khusus mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf masih agak terhad dan sukar untuk diperolehi. Justeru, artikel ini akan membincangkan mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Kajian ini telah dibuat bagi meneliti dan mendapatkan fakta-fakta penting bagi menjelaskan perkara ini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan temubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil daripada kajian ini telah dapat memberikan gambaran terperinci mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan wakaf sememangnya telah wujud dan bertapak di negeri ini sejak zaman sebelum merdeka dan masih terus berkembang sehingga ke hari ini di bawah pengurusan oleh MAIK. Namun begitu, perkembangannya dilihat agak perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan di negeri-negeri lain dan perlu kepada usaha pemerkasaan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, MAIK selaku agensi pengurus wakaf tunggal di Negeri Kelantan perlu terus berusaha untuk memaksimumkan potensi amalan wakaf agar dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna bagi menjana kesejahteraan umat Islam di negeri ini.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.