TY - JOUR AU - Mohamad Hilmie Mat Daud AU - Burhan Che Daud PY - 2018/10/21 Y2 - 2024/03/28 TI - Sejarah dan Latar Belakang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Sebagai Agensi Pengurus Wakaf di Negeri Kelantan JF - International Online Journal of Language, Communication, and Humanities JA - insaniah VL - 1 IS - 1 SE - Articles DO - UR - http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/6 AB - Amalan wakaf sudah lama bertapak di Negeri Kelantan. Ia merupakan satu instrumen yang memberikan ruang dan peluang kepada umat Islam untuk menjana pahala dan mendekatkandiri kepada Allah SWT. Wakaf mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan agensi tunggal yang bertanggungjawab sebagai pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, penulisan-penulisan yang menghuraikan secara khusus mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf masih agak terhad dan sukar untuk diperolehi. Justeru, artikel ini akan membincangkan mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Kajian ini telah dibuat bagi meneliti dan mendapatkan fakta-fakta penting bagi menjelaskan perkara ini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan temubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil daripada kajian ini telah dapat memberikan gambaran terperinci mengenai sejarah dan latar belakang MAIK sebagai agensi pengurus wakaf di Negeri Kelantan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan wakaf sememangnya telah wujud dan bertapak di negeri ini sejak zaman sebelum merdeka dan masih terus berkembang sehingga ke hari ini di bawah pengurusan oleh MAIK. Namun begitu, perkembangannya dilihat agak perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan di negeri-negeri lain dan perlu kepada usaha pemerkasaan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, MAIK selaku agensi pengurus wakaf tunggal di Negeri Kelantan perlu terus berusaha untuk memaksimumkan potensi amalan wakaf agar dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna bagi menjana kesejahteraan umat Islam di negeri ini. ER -