Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium

History Learning Method Based on Museum Visits

  • Nur Syazwani Abdul Talib Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
  • Kamarulzaman Abdul Ghani Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
  • Nur Azuki Yusuff Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: sikap; minat; lawatan ke muzium; pembelajaran; sejarah

Abstract

Effective teaching and learning methods will be able to attract students to learn history. Studying history has a variety of benefits that can be applied to students. Through visits to the museum students’ understanding and interest in History can be improved. This study employed a questionnaire instrument which consists of three components, which are respondents’ demographics, students’ attitudes towards history subjects and students' interest in making museum visits a part of historical learning. A total of 44 form Four students from the science stream in one of the secondary schools in Sarawak were selected for this study. The findings show that students' attitudes towards history and students’ interest in making museum visits are moderate and high. There is a significant relationship between the level of student attitudes and the students’ interest in visiting the museum. Hence, more detailed and comprehensive studies need to be conducted to ensure that all students have high motivation and interest in history subjects.

Abstrak

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sejarah. Mempelajari sejarah mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat diterapkan dalam diri pelajar . Melalui lawatan ke muzium pemahaman dan minat pelajar terhadap sejarah akan dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi tiga komponen iaitu demografi responden, tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium bagi pembelajaran sejarah. Seramai 44 orang pelajar tingkatan Empat daripada aliran sains di salah sebuah sekolah menengah di Sarawak telah dijadikan sampel kajian. Dapatan mendapati tahap sikap pelajar terhadap sejarah dan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium adalah sederhana dan tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap pelajar dengan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium. Justeru, kajian terperinci dan komprehensif perlu dilakukan bagi memastikan semua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan meminati mata pelajaran Sejarah.

 

Author Biographies

Nur Syazwani Abdul Talib, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

Nur Syazwani binti Abdul Talib merupakan pelajar pascasiswazah peringkat Doktor Falsafah di Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

Kamarulzaman bin Abdul Ghani ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan. Beliau berkepakaran dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab dan Linguistik Arab. Beliau kini merupakan Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa) di UMK.

Nur Azuki Yusuff, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

Nur Azuki bin Yusuff ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan. Beliau berkepakaran dalam bidang Sains Sosial, Sejarah dan Peradaban, Pengajian Islam dan Sains Kemasyarakatan. Beliau kini adalah Ketua Kluster Penyelidikan Kontemporari Melayu di UMK.

Published
2019-06-30
How to Cite
Abdul Talib, N. S., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N. A. (2019). Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1), 45-57. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/52
Section
Articles