Nilai-nilai murni dalam watak utama novel Xu You Bin

Noble Values in the Main Character of Xu You Bin's Children's Novels

  • Seow Hooi Lee Universiti Pendidkan Sultan Idris
  • Lin Chia Ying Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Children's literature; moral values; main character; novel; moral education

Abstract

This article is part of the research carried out for the purpose of analysing the good values possessed by characters in 21 children novels by Xu You Bin.The main focus of this article is to discuss about the function of children novels in inculcating moral values and personalities of childrenas well as to report and explain research findings showed by the characters of Xu You Bin. Test analysis method was used in identifying good values in the novels and based on the 14 good values in the KSSR Moral Education. The moral values of the characters that can be identified through the story plots and their characteristics includes love and kindness. This research can give impact to schools, teachers, parents and students, especially when choosing quality books with good values. The suggestion of this research is with the hope of integrating Xu You Bin‘s children’s novels into thr Mandarin and Moral subjects to achieve the aspirstions of the National Education Philosophy of Malaysia. 

Abstrak

Artikel ini merupakan sebahagian dapatan kajian menganalisis unsur-unsur nilai murni yang tergarap dalam watak-watak utama dari 21 buah novel kanak-kanak Xu You Bin. Fokus utama artikel ini memperbincangkan fungsi novel kanak-kanak dalam pemupukan nilai murni dan personaliti dalam kalangan kanak-kanak serta melapor dan menerang hasil kajian nilai murni yang kerap terpapar melalui watak utama novel Xu You Bin. Kaedah anlisis teks digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai murni dalam novel tersebut berpandukan 14 jenis nilai-nilai murni yang tersenarai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral (DSKP Pendidikan Moral). Nilai-nilai murni watak utama yang dirumuskan melalui perwatakan dan plot-plot novel yang dikenalpasti adalah kasih sayang dan baik hati. Kajian ini mungkin dapat memberi implikasi kepada pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid khususnya dalam pemilihan bahan bacaan yang berkualiti tinggi dan memaparkan nilai murni yang digalakkan. Cadangan untuk mengintegrasikan penggunaan dan pembacaan novel kanak-kanak Xu You Bin dalam mata prlajaran Bahasa Cina dan Pendidikan Moral disyorkan demi mencapai hasrat dan saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.

Author Biographies

Seow Hooi Lee, Universiti Pendidkan Sultan Idris

Seow Hooi Lee ialah Penolong Pengarah di Unit Bahasa Cina, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau bekepakaran dalam Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina, Pengubalan kurikulum Bahasa Cina.

Lin Chia Ying, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Lin Chia Ying ialah Professor Madya di Jabatan Bahasa Moden, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau berkepakaran dalam Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina, Pengajiaan Bahasa dan Linguistik Bahasa Cina, Aksara Bahasa Cina dan Kesusasteraan Kanak-kanak.

 

Published
2019-06-29
How to Cite
Lee, S., & Chia Ying, L. (2019). Nilai-nilai murni dalam watak utama novel Xu You Bin. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1), 14-25. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/45
Section
Articles