Kefahaman Terhadap Makna Huruf Ya’ Dalam Sintaksis Arab: Kajian dalam Kalangan Pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapura

Understanding the Meaning of the Letter Ya' in Arabic Syntax: A Study among Students in Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapore

  • Azhar Muhammad UMK
  • Zauwiah Abidin Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapura
Keywords: Letter yā’; Madrasah Alsagoff Al-Arabiah; Revised Bloom’s Taxonomy; Arabic syntax

Abstract

Huruf yā’ merupakan salah satu huruf hijaiyyah yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam sintaksis bahasa Arab. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti kemahiran pelajar dalam membezakan kepelbagaian fungsi huruf yā’ yang terdapat dalam soalan ujian berbentuk objektif.  Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang dimulai dengan ujian bertulis, temu bual bersama 8 pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan perbandingan cara pelajar mengenali kepelbagaian fungsi tersebut.  Kajian ini telah menggunakan kerangka teori Revisi Taksonomi Bloom bagi mengukur tahap kognitif pelajar pada aras kedua, iaitu aras ‘memahami’. Dapatan kajian ini dapat membantu guru untuk merangka, mempelbagaikan dan menambah baik dalam pengajaran bahasa Arab khususnya bagi subjek sintaksis. Hasil dapatan telah dikenal pasti, bahawa pelajar yang menggunakan kognitifnya pada tahap kefahaman telah memberikan variasi bentuk elemen untuk menentukan kepelbagaian makna huruf yā’ dalam bahasa Arab. 

ABSTRACT

The letter yā 'is one of the hijaiyyah alphabets that has many functions in Arabic syntax. Hence, this paper aims to identify students' skills in differentiating the diversity of the functions of the letters in the objective questions. This study employed a qualitative method with a written test, interviews with eight (8( students from Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, and a comparison of how students recognised the diversity of the functions mentioned. This study used the Revised Bloom's Taxonomy theory to measure the cognitive level of students at the second level, which is the 'understanding' level. The findings of this study will help the teacher to devise, diversify and improve the teaching of Arabic especially in syntactic subjects. It was found that students who used their cognitive level at the ‘understanding’ level gave variations of element forms in determining the diversity of the meaning of the letter yā 'in Arabic.

Published
2018-12-01
How to Cite
Muhammad, A., & Abidin, Z. (2018). Kefahaman Terhadap Makna Huruf Ya’ Dalam Sintaksis Arab: Kajian dalam Kalangan Pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapura. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1(2), 72-82. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/25
Section
Articles