Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam kalangan Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah
The Language Attitude Towards the Malay Language Among the National Type School Students in Perak, Penang, and Kedah.
Abstract
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengantar dalam bidang pendidikan di sekolah vernakular seperti di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil atau SJK (T) adalah hasrat yang masih terus diusahakan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia untuk digunakan dalam pelbagai domain khususnya dalam domain pendidikan. Persepsi yang positif mahupun negatif mendorong individu atau komuniti untuk memilih atau tidak sesuatu bahasa tersebut untuk digunakan atau diabaikan. Kajian ini bertujuan meninjau sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJK (T) di negeri Perak,Pulau Pinang dan Kedah.Sikap bahasa ini merangkumi minat murid terhadap mata pelajarn Bahasa Melayu, persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, sikap murid terhadap penggunaan bahasa Melayu, sikap murid terhadap pengaplikasian bahasa Melayu dalam urusan selain akademik dan sikap murid terhadap peranan bahasa Melayu. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Seramai 238 orang responden murid telah dipilih secara rawak untuk terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pelajar di SJK (T) di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah mengakui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai kepentingan untuk masa hadapan mereka dan mereka menunjukkan minat terhadap Bahasa Melayu dalam konteks penggunaan dalam domain pendidikan khususnya di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga mengakui mereka berbangga ketika bertutur dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Melayu masih bukan menjadi pilihan utama dalam konteks interaksi mereka dalam domain sosial dan keluarga.
Copyright (c) 2025 International Online Journal of Language, Communication, and Humanities

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.