Makna Simbolik Pondok Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor

Symbolic Meaning of Jakun Tribe’s Hut in Kampung Sentosa, Lenga, Johor

  • Mohamad Suhaizi Suhaimi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Aifa Nadhila Abd Wahid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Keywords: binaan tradisional; makna simbolik; pondok; suku kaum Jakun; Orang Asli.

Abstract

Binaan pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dibina sepenuhnya menggunakan sumber alam dan mampu mencerminkan jati diri bagi kaum Orang Asli. Sekiranya kajian dan pendedahan mengenai pembinaan pondok Orang Asli tidak diketengahkan, makna simbolik pembinaan tersebut akan dilupakan oleh generasi akan datang. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bahan binaan pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor. Selain itu, analisis terhadap makna simbolik turut dijalankan bagi setiap bahan binaan pondok tersebut. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menjalankan temu bual dan pemerhatian di kawasan lapangan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa bahan binaan yang digunakan untuk membina pondok terdiri daripada Bengkawan, Buluh Tilan, Gantung Atap, Rotan Jawa dan Tiang Kayu. Setiap bahan binaan juga dianalisis untuk menemukan makna simbolik seperti Bengkawan dengan simbolik setia kawan, bentuk ikan Tilan yang membawa simbolik kepada Buluh Tilan, Rotan Jawa dari kepulauan Jawa, dan Tiang Kayu sebagai simbolik kekuatan dan ketuanan individu dalam membina sesebuah pondok.

Published
2025-04-30
How to Cite
Suhaimi, M. S., & Abd Wahid, A. N. (2025). Makna Simbolik Pondok Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 8(1), 13 - 23. https://doi.org/10.47254/insaniah.v8i1.248
Section
Articles