Penggunaan Media Sosial dan Kaedah Fiqh Dalam Penentuan Peluang Kerjaya Dalam Industri Pelancongan dan Makanan Halal Di Hotel Sekitar Negeri Sembilan: Satu Tinjauan

  • Muhammad Adnan Pitchan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Siti Nur Husna Abd Rahman Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Rafidah Mohd Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Nursafra Mohd Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Keywords: Internet, media sosial, industri pelancongan, makanan halal

Abstract

Industri pelancongan di Malaysia telah menjadi salah satu keutamaan kerana dilihat mampu menyumbang pendapatan yang tinggi kepada negara. Perkembangan industri pelancongan ini, turut menyumbang kepada industri pelancongan Islam. Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan media sosial memainkan aspek penting dalam pelancongan Islam serta hubungannya dengan peluang kerjaya di Malaysia. Pelancongan Islam adalah aktiviti-aktiviti pelancongan berlandaskan undang-undang syariah dan nilai-nilai Islam dimana ia melibatkan pelancong Islam mahupun bukan Islam ke tempat atau Negara Islam. Pelancongan ini menawarkan beberapa produk dan perkhidmatan hospitaliti yang patuh syariah. Antaranya adalah perkhidmatan penyediaan hotel mesra halal, perkhidmatan kewangan Islam, perkhidmatan pengangkutan halal, pakej pelancongan Islam, makanan halal dan standard halal. Penawaran produk dan perkhidmatan hospitaliti ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan di Malaysia khususnya bagi melahirkan tenaga pakar dalam industri halal seiring Rancangan Malaysia ke 11. Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu menjalankan dan melaksanakan Hotel Patuh Syariah secara keseluruhannya, hal ini kerana ia merupakan salah satu keperluan kepada pelancong dan juga kepada pengguna pada hari ini.

Published
2023-10-31
How to Cite
Pitchan, M. A., Abd Rahman, S. N. H., Mohd, R., & Mohd, N. (2023). Penggunaan Media Sosial dan Kaedah Fiqh Dalam Penentuan Peluang Kerjaya Dalam Industri Pelancongan dan Makanan Halal Di Hotel Sekitar Negeri Sembilan: Satu Tinjauan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 6(2), 33-56. https://doi.org/10.47254/insaniah.v6i2.238
Section
Articles