Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza

  • Aniza Yusoff Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kelantan.
Keywords: Pedagogi Terbeza; PdP; bimbingan; tahap kefahaman guru

Abstract

Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian ditumpukan kepada murid Tahun 6. Pencapaian murid berkait secara langsung dengan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah. Murid-murid Tahun 6 menunjukkan prestasi yang lemah dalam Bahasa Inggeris terutamanya penulisan. Pencapaian murid-murid adalah pada tahap sederhana (65.00%). Objektif kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran guru dalam PdP melalui aplikasi pedagogi terbeza. Penekanan diberikan kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dengan memberi keutamaan kepada aktiviti berpusatkan murid. Dalam konteks ini, masalah pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah didapati berpunca daripada kelemahan PdP guru Bahasa Inggeris di bilik darjah. Kaedah yang digunakan didapati kurang berkesan dan tidak menarik minat murid untuk belajar. Proses bimbingan guru secara pemerhatian bersemuka di dalam bilik darjah dan temubual. Pengkaji membuat pemerhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.  Selepas PdP dilaksanakan, sesi temubual dan perkongsian amalan dibuat.  Pemerhatian kedua dilakukan selepas rawatan diberikan. Dapatan menunjukkan bahawa Pedagogi Terbeza telah dapat membantu peningkatan kemahiran dalam kaedah mengajar guru. Guru telah dapat merancang satu sesi pengajaran yang berkesan dan melaksanakan aktiviti PdP dengan aktiviti-aktiviti berfokuskan murid yang menarik.  Tahap keyakinan guru juga telah meningkat dan dapat menghasilkan video rakaman bagi sesi pengajaran yang telah dilaksanakan. Tahap pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah pada akhir 2020 didapati telah menunjukkan peningkatan yang sifnifikan. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan bahawa Pedagogi Terbeza telah dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap kemahiran melaksanakan PdP yang berkesan, menyeronokkan dan menarik minat murid.

Published
2022-05-31
How to Cite
Yusoff, A. (2022). Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 112-121. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/219