Kesediaan Guru STEM Melaksanakan Pendidikan STEM di Sekolah Pesisir Pantai

  • Shamsuddin Muhammad Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan
  • Noorashikim Noor Ibrahim Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan
الكلمات المفتاحية: pendidikan STEM; kesediaan guru; sekolah pesisir pantai; pengetahuan guru; sikap guru.

الملخص

Pendidikan STEM adalah antara program yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan itu, KPM semakin rancak memantapkan pendidikan STEM bagi menarik minat lebih ramai pelajar memasuki bidang STEM di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru Sains, Matematik dan RBT melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan rentasan. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dalam bentuk Google Form. Seramai 307 orang guru dari sekolah rendah dan menengah pesisir pantai negeri Kelantan telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dapatan menunjukkan tahap kesediaan guru STEM melaksanakan pendidikan STEM adalah sederhana. Manakala tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendidikan STEM adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesediaan guru melaksanakan pendidikan STEM dengan pengetahuan dan sikap guru terhadap pendidikan STEM bagi kedua-dua guru yang kurang berpengalaman mengajar (kurang 5 tahun) dan guru yang berpengalaman mengajar (lebih 5 tahun). Kesimpulannya, pengetahuan dan sikap guru mempengaruhi kesediaan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM. Pengalaman guru juga memberi kesan terhadap kesediaan guru, namun tidak secara langsung. Oleh itu bagi meningkatkan tahap kesediaan guru, latihan dan kursus profesional yang berterusan perlu disediakan agar pengajaran dan pembelajaran STEM lebih efektif dan bermakna.

منشور
2022-05-31