Geome3 Smart Kit Meningkatkan Kefahaman Konsep Poligon Dalam Kalangan Murid Tingkatan 2 Al Bukhari

  • Norhana Mohamad Saad SMK Putri Saadong, Bachok Kelantan
  • Wan Norsilawati Wan Mamat SMK Putri Saadong, Bachok Kelantan
Keywords: GeoMe3 SMART Kit; penguasaan; poligon

Abstract

Penguasaan pembelajaran geometri dalam matematik dikatakan membolehkan murid menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar yang semakin kompleks. Namun penyoalan yang menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah membelenggu kebanyakan murid untuk menyelesai soalan pelbagai aras yang semakin mencabar minda. Kegagalan murid menguasai topik poligon secara menyeluruh mendorong pengkaji menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) berasaskan permainan (Game Based Learning) sebagai aktiviti pengukuhan. Objektif utama kajian adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan GeoMe3 SMART Kit dalam meningkatkan kefahaman konsep poligon pelbagai aras dalam kalangan murid. Kajian ini melibatkan enam orang murid Tingkatan 2 dari SMK Putri Saadong, Bachok, Kelantan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Reka bentuk kajian adalah dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Data-data kajian dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan min markah sebanyak 45.8 dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Seterusnya, dapatan temu bual daripada tiga orang murid mendapati peningkatan kefahaman dan keseronokan belajar dengan menggunakan GeoMe3 SMART Kit sebagai aktiviti pengukuhan. Koleksi kit GeoMe3 boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi memantapkan isi kandungan permainan selaras dengan peningkatan tahap kognitif murid.

Published
2022-05-31
How to Cite
Mohamad Saad, N., & Wan Mamat, W. N. (2022). Geome3 Smart Kit Meningkatkan Kefahaman Konsep Poligon Dalam Kalangan Murid Tingkatan 2 Al Bukhari. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 41-51. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/214