Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan

  • Zaleha Embong zaleha embong
  • Fairuz A’dilah Rusdi Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Pendorong; Kejayaan; Usahawan; Wanita

Abstract

Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah dan berkembang. Hal ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Malah, kejayaan wanita telah membuka mata banyak pihak tentang kebolehan usahawan wanita dalam memperkasakan ekonomi negara. Usaha dan kegigihan dalam mengendalikan perniagaan membuktikan sifat kental dan kesabaran yang tinggi kerana bidang perniagaan memerlukan pelbagai strategi untuk mencapai kejayaan. Ramai golongan wanita melibatkan diri dalam perniagaan khususnya usahawan wanita di Kelantan yang mencipta pelbagai kejayaan. Maka, artikel ini bertujuan menggenal pasti faktor pendorong dan kejayaan wanita dalam bidang usahawan di Kelantan. Artikel ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada 300 responden usahawan wanita Kelantan. Penganalisisan data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan faktor pendorong usahawan wanita melibatkan diri dalam perniagaan kerana ingin mengubah taraf ekonomi keluarga, minat dalam perniagaan, membantu ekonomi suami dan mewarisi bidang perniagaan daripada keluarga. Faktor kejayaan usahawan wanita pula disebabkan minat yang mendalam, perancangan teliti, ilmu perniagaan dan bersedia menanggung risiko. Faktor ini telah menjadikan ramai dalam kalangan usahawan wanita Kelantan mencapai kejayaan.

Published
2021-11-30
How to Cite
Embong, Z., & Rusdi, F. A. (2021). Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 77-87. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/194