Taksiran Zakat Pendapatan di Malaysia: Perlukah Penilaian Semula Kaedah Taksiran dengan Tolakan-Tolakan yang Dibenarkan

  • Mohd Kamil Ahmad Universiti Malaysia Kelantan
  • Nurul Iman Mohd Zain Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Zakat Pendapatan; Taksiran Zakat; Hajat Asliyyah; Keperluan Asasi; Dharuriyyat

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti realiti konsep hajat asliyyah yang digunakan sebagai asas pertimbangan bagi kaedah pengiraan zakat pendapatan dengan tolakan yang dibenarkan di negeri-negeri di Malaysia. Melihat kepada perbezaan yang wujud antara institusi zakat di setiap negeri dalam menafsirkan item-item tertentu sebagai hajat asliyyah atau sebaliknya, kajian ini melontarkan persoalan; mengapakah situasi ini berlaku dan bagaimanakah tafsiran yang tepat bagi hajat asliyyah dalam konteks zakat yang selari dengan situasi semasa dan bertepatan dengan maqasid syarak boleh dilakukan? Melalui kaedah deskriptif dan analisis ke atas teks-teks perundangan Islam, serta dibantu oleh data-data sekunder, kajian ini meneliti dan membandingkan realiti kaedah taksiran zakat pendapatan di sebahagian negeri di Malaysia dan konsep hajat asliyyah dari perspektif fiqh Islam dan maqasid. Kajian mendapati bahawa perbezaan tafsiran mengenai hajat asliyyah menyebabkan jumlah pendapatan wajib zakat antara sebahagian negeri berbeza-beza yang mana individu dengan jumlah pendapatan tertentu mungkin layak mengeluarkan zakat pendapatan mengikut kaedah taksiran sebahagian negeri dan tidak dikenakan zakat mengikut kaedah taksiran negeri lain. Kajian juga mendapati bahawa konsep hajat asliyyah adalah dinamik kerana perkara yang dianggap perlu bagi setiap individu adalah berbeza-beza dan mungkin tidak akan berakhir pada satu garis sempadan yang jelas dan perlu diukur selari dengan realiti kehidupan individu dan masyarakat dalam konteks semasa dan setempat. Justeru, adalah menjadi keperluan untuk membina suatu parameter bagi hajat asliyyah yang dibina berdasarkan kajian yang bersifat kuantitatif dan statistikal bagi meneliti realiti dan mengukur manifestasi hajat asliyyah di dalam kehidupan masyarakat setempat supaya kaedah taksiran yang dilaksanakan lebih seragam dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

Published
2021-11-30
How to Cite
Ahmad, M. K., & Mohd Zain, N. I. (2021). Taksiran Zakat Pendapatan di Malaysia: Perlukah Penilaian Semula Kaedah Taksiran dengan Tolakan-Tolakan yang Dibenarkan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 24-35. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/190