Mediasi Aktif Dalam Pengasuhan Digital Ke Atas Perkembangan Kanak-kanak

Active Mediation in Digital Parenting on Children Development

  • Dayangku Egawaty Awang Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Chang Peng Kee Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Azul Mohamad Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rachel Chan Suet Kay Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Pengasuhan Digital, Mediasi Pengasuhan, Mediasi Aktif, Ibu bapa, Perkembangan Kanak-kanak

Abstract

Kertas ini membincangkan mengenai kepentingan mediasi aktif terhadap pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak. Mediasi aktif merupakan komunikasi yang melibatkan proses perbualan atau percakapan dua hala di mana kedua belah pihak iaitu ibu bapa dan anak memberikan respon terhadap sesuatu informasi yang disampaikan. Ibu bapa berkomunikasi dengan anak bagi mengenal pasti kefahaman, sikap, tingkah laku dan tindakan anak sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Selain itu, tidak dapat dinafikan juga bahawa mediasi aktif merupakan salah satu bentuk amalan ibu bapa yang sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku, sikap, dan pemikiran seseorang anak yang menggunakan peranti digital. Tanpa disedari, mediasi aktif menjadi pelengkap kepada pengasuhan digital, iaitu ibu bapa mengasuh anak mereka dengan menggunakan peranti digital di mana perkembangan teknologi digital termasuklah penggunaan peranti digital yang pesat pada masa kini memberikan kesan ke atas cara pengasuhan. Tambahan pula, perkembangan kanak-kanak  seawal usia enam tahun seperti kognitif, sosial dan fizikal adalah berhubung kait dengan keberkesanan amalan mediasi aktif terhadap pengasuhan digital yang diberikan oleh ibu bapa. Terdapat kajian lepas yang membincangkan mediasi aktif dari sudut tingkah laku dan sikap, tetapi fokus perbincangan tersebut hanyalah berkisar kepada kanak-kanak sekolah rendah dan remaja serta hanya terdapat sedikit sahaja kajian terhadap kanak-kanak seawal usia enam bulan sehingga lima tahun. Oleh yang demikian, mediasi aktif dalam pengasuhan digital perlu diberikan penekanan kerana ia merupakan perkara penting bagi ibu bapa dalam memastikan anak seawal usia enam bulan dapat memahami kepentingan komunikasi seterusnya mendisiplinkan mereka apabila menggunakan peranti digital.

ABSTRACT

This paper discusses the importance of active mediation of digital parenting on children development. Active mediation is communication of conversation or conversation between two parties which is parents and children respond to the information presented. Parents communicate because they want to dominate children understanding, the attitude, behaviour and actions whether they devise or not on an issue. In addition, there is no denying that active mediation is one of the most important forms of parental practice because it can influence the behavior, attitudes, and thoughts of a child using digital devices. Without realizing it, active mediation is a complement to the digital upbringing of parents who raise their children using digital devices, where the development of digital technology including the rapid use of digital devices nowadays has impact on parenting methods. Furthermore, the development of children as early as six month of age such as cognitive, social and physical is related to the effectiveness of active mediation practices on digital parenting provided by parents. Previous studies have discussed active mediation in term of behavior, attitudes but the focus of discussion only revolves around primary school and adolescent and there are few studies on children as young as six months to five years old. Therefore, active mediation in digital parenting gives more emphasis because it is very important for parents in ensuring that children as young as six months old to understand the importance of communication to discipline them while using digital devices.

Published
2021-04-30
How to Cite
Awang Yusof, D. E., Kee, C. P., Mohamad Salleh, M. A., & Suet Kay, R. C. (2021). Mediasi Aktif Dalam Pengasuhan Digital Ke Atas Perkembangan Kanak-kanak. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 4(I), 107-123. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/146
Section
Articles