Translation of Masdar in Riyad Al-Salihin Book

  • Nur Syuhada Che Mat Amin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Nor Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hakim Zainal Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Maheram Ahmad Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Hadith Translation; Masdar; Malay; Arabic Language; Riyad Al-Salihin

Abstract

Translation is the process of switching source languages into target language ​​that have specific methods to ensure that the target language user can understand the translated text. This research is about the translation of masdar in chapter of manners in Riyad al-Salihin book. It it because most of hadith translations are discussed as a whole complete text without focusing on a certain language component. The translation of masdar in the hadith is less discussed although the style of the language used has its own aesthetic value and using certain methods. The situation might cause confusion among society, especially for students, in understanding masdar situations in Arabic and its translation. The research objectives are to identify the masdar in Riyad al-Salihin and observe the equivalence meaning of it in Malay. Data collection for this qualitative study is through content analysis method based on Nida's Dynamic Theory. 26 masdar in the book of manners in Riyad al-Salihin was selected as a corpus of studies and its function was analyzed. The results showed that masdar is translated into Malay in three forms, derived noun, verb and doers. Most masdar fit to be translated in the form of derived noun in Malay language. This study hopefully can explain more clearly about diversity translations of masdar and can be a guide in future masdar translation from Arabic to Malay.

ABSTRAK

Penterjemahan adalah proses peralihan bahasa sumber kepada bahasa sasaran yang mempunyai kaedah tertentu bagi menjamin hasil yang dapat difahami pengguna bahasa sasaran. Kajian ini membincangkan berkenaan terjemahan maṣdar dalam hadith kitab adab pada kitab Riyad al-Salihin. Hal ini berikutan kebanyakan terjemahan hadith biasanya dikaji dari aspek maksud menyeluruh tanpa memfokuskan komponen bahasa tertentu. Terjemahan maṣdar dalam hadith kurang dibincangkan meskipun gaya bahasa yang digunakan mempunyai kaedah dan nilai estetika tersendiri. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar dalam memahami situasi maṣdar dalam bahasa Arab dan terjemahannya. Justeru, kajian ini akan berfokuskan kepada satu komponen bahasa sahaja, iaitu maṣdar yang mana ia juga kerap digunakan dalam bahasa Arab selain kata kerja. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti terjemahan maṣdar yang digunakan dalam kitab Riyad al-Salihin dan meneliti padanan maṣdar tersebut. Pengumpulan data bagi kajian kualitatif ini adalah melalui kaedah analisis kandungan berpandukan Teori Dinamis Nida. 26 maṣdar dalam kitab adab pada kitab Riyad al-Salihin dipilih sebagai korpus kajian dan dianalisis fungsinya. Hasil kajian menunjukkan bahawa kata terbitan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam tiga bentuk iaitu kata terbitan, kata nama pelaku dan kata kerja. Kebanyakan maṣdar sesuai diterjemah sebagai kata terbitan dalam bahasa Melayu. Kajian ini diharapkan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai kepelbagaian terjemahan maṣdar serta dapat dijadikan panduan untuk menterjemah maṣdar dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

 

Published
2021-10-31
How to Cite
Che Mat Amin, N., Abdullah, M. N., Zainal, H., & Ahmad, M. (2021). Translation of Masdar in Riyad Al-Salihin Book. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 4(2), 11-25. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/137
Section
Articles